Translate

Jumaat, 12 Februari 2016



Membina Keluarga Bahagia

1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.
2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahteradan harmoni.
3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh anggota keluarga.
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia;-
(a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;
(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;
(c) menjaiinkan hubungan yang mesra dan akrab;
(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;
(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;
(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;
(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahii keluarga;
(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;
(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli keluarga;
(j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.



CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam
keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah
yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai
sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna
pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus
menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata
pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk
membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan
memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah
setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak
tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih
sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti“menatang minyak yang penuh” . Didikan agama
dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata
pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai
pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami
masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka
dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang
daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak
harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu
bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak
melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah
dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah
bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang
mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?
Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling
menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga
yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak
kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga
boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia
banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya.
“Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.